23 November 2010

kisah Pensil dan Pemadam

((hasil copy and paste :P))

Di suatu hari...

Pensil : Maafkan aku.

Pemadam : Kenapa? Ko tak buat apa2 salah pun.

Pensil : Aku minta maaf kerana ko selalu terluka disebabkan aku. Bila masa aku buat kesilapan ko selalu ada. Memperbetulkan kesilapan tersebut dan dengan melakukannya, ko akan kehilangan sebahagian badan ko.Setiap masa ko jadi semakin kecil dan mengecil.

Pemadam : Memang benar tetapi aku tak kesah. Ko tahu, sememangnya aku dijadikan sebegini. Aku sentiasa gembira apabila aku dapat memperbetulkan kesilapan ko.Walapun suatu ari nanti aku sedar yang aku akan hilang dan ko akan menggantikan aku dengan yang baru, aku sebenarnya bahagia Jadi jangan lah ko pikirkan sangat. Aku tak suka melihat ko bersedih.

Sekilasnya aku terdengar perbualan daripada dua sahabat, pensil dan pemadam.

Sememangnya cinta yang mendalam. Kecintaan dan pengorbanan yang ikhlas adalah suatu yang amat berharga dan tidak ternilai.

Adakah kita sedar bahawa kecintaan sebegitu sememangnya wujud dalam diri manusia. Kenangilah pengorbanan ibubapa, kesetiaan sang kekasih, ketulusan bersaudara, keharmonian masyarakat dan sebagainya. Hargailah...kerana acapkali kita tidak sedar dan mempersiakan pengorbanan seseorang kepada kita.


No comments:

Post a Comment